FELDA Papan Timur terletak kira-kira 40km dari Bandar Kota Tinggi. Berada di tengah-tengah laluan antara Kota Tinggi – Desaru. Di dalam DUN Penawar yang diwakili oleh YB Hamimah Bt Mansur, Parlimen Pengerang diwakili oleh YB Dato’ Seri Azalina Bt Dato’ Othman Said.

      Nama asal Papan Timur diambil bersempena dengan nama sebatang sungai yang bernama sungai Papan. Kawasan ini pula terletak di sebelah timur. Kawasan FELDA ini dibuka pada tahun 1972 dengan keluasan ladang 2257.29 hektar, manakala bagi penempatan pula adalah 1623.29 hektar.

      Kemasukkan Peneroka adalah pada tahun 1978, pada ketika itu terdapat seramai 432 orang yang terdiri daripada kaum melayu sahaja. Pengurus FELDA Papan Timur yang pertama adalah Encik Hashim Bin Osman (bertugas dari 1976-1984) Ketika ini kawasan FELDA Papan Timur terdapat pelbagai kemudahan asas seperti Klinik, sekolah, Masjid, Dewan orangramai, TABIKA KEMAS dan sebagainya.

 

 
 
 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola